I made this widget at MyFlashFetish.com.

Perhatian

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan.Sebelum mengambil, mencetak, memfotokopi, memplagiat atau apa sahaja yang sewaktu dengannya diminta anda tinggalkan pesanan, komen atau meminta kebenaran pada setiap bahan yang dimasukkan oleh Admin. Kerjasama anda amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih

Carian

Loading...

ISU MINGGU INI : WAJARKAH ULAMA MASUK DISCO UNTUK BERDAKWAH SEPERTI YANG DI UTARAKAN OLEH DR.MOHD ASRI

Wednesday, December 16, 2009

TERKINI DARI PALESTIN

Analisa Zionis-Israel : HAMAS sukar dimatikan.


Rabu , 16/12/2009 – Salah satu saluran TV Zionis-Israel telah menyiarkan sambutan 22 tahun HAMAS yang telah di hadiri ratusan ribu rakyat Palestin. Kehadiran yang memeranjatkan itu membuktikan sokongan terhadap Perdana Menteri Ismael Haneya dan seluruh kepimpinan Palestin. Dalam kesempatan itu, Haneya menyatakan bahawa HAMAS bukan hanya akan membebaskan Gaza, malah seluruh bumi Palestin.


Wartawan saluran TV Zionis-Israel yang juga pakar dalam masalah Arab, Tzepi Ihzkili, mengatakan, “Kehadiran lebih dari 400 ribu rakyat Palestina di awal perayaan berdirinya gerakan Hamas adalah bukti nyata kekuatan gerakan yang belum pernah kita tandingannya di seluruh negara dunia Arab dan Islam.”


Ihzkili menjelaskan bahawa HAMAS dalam keadaan waktu yang singkat mampu mendapatkan kepercayaan dari rakyat Palestin dan mengembangkan kemampuannya; sampai gerakan ini menjadi rakyat, dan hidup di dalam hati ribuan orang rakyat.


sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

di ceduk dari http://palestinkini.info

SELAMAT BERJUANG BUAT HARIMAU MUDA


Selamat Berjuang buat para pemain bola sepak negara bawah 23 yang akan turun menentang Vietnam dalam perlawanan esok. Selamat Maju jaya dan kami doakan semoga pingat emas dapat dibawa pulang....


Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Buang susu segar ke dalam parit

ADA pekerja ladang mengambil kesempatan menadah susu dalam gelas dan meminumnya semasa ia dibuang ke dalam parit di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my


ROMPIN - Lebih 75,000 liter susu segar keluaran First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) di sini yang sepatutnya dihantar ke kilang setiap hari sejak sejak bulan lalu terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam parit ladang berkenaan.

Ia jelas satu pembaziran tetapi kepada pengurusan Fidaf, mereka berbuat demikian untuk membuka mata pihak berkuasa selepas tiga syarikat pengilang susu enggan membeli hasil ladang syarikat tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia itu atas dakwaan ia mengandungi bakteria selain desakan harganya diturunkan.


Syed Muhd. Alwi


Susu keluaran Fidaf pada masa ini dijual RM2.40 seliter dan dikatakan mahal sedikit berbanding produk susu import dari Australia dan New Zealand.

Kesan daripada tindakan itu, Fidaf beroperasi lebih setahun lalu terpaksa menanggung kerugian lebih RM210,000.

Tindakan protes membuang susu ke dalam parit tu mengundang rasa sedih bukan sahaja kepada Pengarah Urusannya, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah tetapi juga para pekerja yang melihat keringat mereka menjadi sia-sia dan masa depan menjadi samar-samar.

Semalam, Fidaf meneruskan lagi tindakan protes dengan membuang 16,500 liter susu segar ke dalam parit dengan Syed Muhd. Alwi berteriak bahawa mereka bukan sekadar membuang susu tetapi juga punca rezeki.

Beliau mendakwa pihaknya serta pengeluar susu tempatan lain semakin tersepit dan tidak lagi dapat menandingi bekalan susu import yang menguasai 95 peratus pasaran.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Terkejut dan terkedu itulah mungkin yang boleh diucapkan oleh penulis sebaik sahaja membelek sisipan akhbar tempatan hari ini. Sebanyak 16,500 liter susu segar keluaran syarikat Fidaf sebagai tanda protes.


Bagi penulis tindakan ini, bukanlah tindakan yang bijak dalam menyelesaikan masalah ini. Tindakan ini bukan sahaja membazir tetapi melayahi tuntutan agama. Bukankah membazir itu "Amalan Syaitan". Bagi penulis dari dibuang susu tersebut ke dalam parit, eloklah disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim ataupun kepada fakir miskin yang memerlukannya, bukankah amalan itu lebih mulia lagi berpahala...


p/s : Fikir-fikirkan lah..

Saturday, December 12, 2009

Hairuddin: Hati saya untuk 'Kelate'

PENYERANG Kelantan, Hairuddin Omar berharap segala kemelut yang melanda berikutan kontroversi bersama majikan lamanya, T-Team akan menemui jalan penyelesaian.

Baginya, tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan kerana kini hatinya sudah bersama pasukan Kelantan untuk terus memburu kejuaraan musim 2010.

Menurutnya, segala masalah yang timbul mungkin disebabkan sedikit kekeliruan dan salah faham antara beliau dan majikannya itu.

"Saya harap semuanya sudah selesai dan tamat di sini sahaja. Tiada lagi isu yang perlu diperbesarkan kerana saya kini sudah menanda- tangani kontrak bersama Kelantan.

"Mungkin tahun ini bukan rezeki saya bersama T-Team dan sebagai anak jati Terengganu, sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan negeri tetapi itulah hakikat yang perlu saya terima," katanya ketika dihubungi di Bangkok semalam.

Tambahnya, sebelum ini dia begitu sedih dan kecewa selepas diberitahu T-Team sudah menutup pintu untuknya pulang berbakti.

Hairuddin yang beraksi bersama T-Team sebelum ini telah dipinjamkan kepada Negeri Sembilan untuk mengharungi kempen Piala Malaysia 2009.

Bagaimanapun, sebaik kempen tersebut selesai, Hairuddin yang mahu kembali ke pangkuan pasukan lamanya diberitahu bahawa tiada lagi tempat buatnya di dalam pasukan itu.

Jelasnya, kehadiran pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bersedia untuk melamar serta menagih khidmatnya untuk musim depan amat dihargai.

"Saya sudah buka 'buku' baru, azam saya adalah untuk membantu Kelantan memburu kejuaraan musim depan dan saya cukup gembira di sini.

"Sebagai seorang pemain bola sepak, tiada yang lebih mengujakan selain bersama mereka (pemain) yang sentiasa berusaha untuk mengejar kejayaan," ujarnya.

Hairuddin juga cukup bertuah kerana keba- nyakan pemain yang beraksi bersama Kelantan musim ini adalah kenalan lama dan pernah beraksi bersamanya sebelum ini.

"Tiada yang baru bagi saya kerana kami semua sudah saling mengenali, cuma saya perlu berusaha mengekalkan kecergasan selain berlatih lebih kuat untuk menambah keserasian.

"Jurulatih Sathia (B. Sathianathan) juga sentiasa memberi dorongan dan beliau juga antara faktor saya datang ke sini (Kelantan)," jelasnya.


sumber : kosmo.com.my

GAUMAN HARIMAU DI VIENTIANE


Gambar : Kosmo.com.my

Sekalaung tahniah buat K. Rajagobal dan anak didiknya yang telah memberikan harapan baru buat bola sepak malaysia apabila layak ke saingan separuh akhir sukan SEA XXV.

Kejayaan tersebut lebih manis apabila berjaya menumbangkan gergasi Asia Tenggara yang juga penyandang juara, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional semalam.

Kejayaan pada temasya kali ini telah berjaya mendiamkan buat seketika penkritik sukan bola sepak di Malaysia.

Mohd Nasriq Baharok dan Ahmad Fakri Sa'airani muncul wira pasukan apabila jaringanya membantu malaysia layak ke separuh akhir dan seterusnya membunuh impian Thailand untuk mengekalkan kejuaraan.


Sunday, December 6, 2009

BINTANG DALAM PEMBIKINAN : 2



Reka Bentuk : Epic (kelate.net)


Wan Zahrul Nizam Permata Baru Bolasepak Malaysia.

Thursday, December 3, 2009

PENGUMUMAN PENTING



ASSALAMUALAIKUM... ANDA SEMUA DIJEMPUT KE DATARAN ILMU ( BERHAMPIRAN DENGAN JAAFAR RAWAS) SEBAGAI SOKONGAN TERHADAP KEPIMPINAN TOK GURU. JAM 10 PAGI. MARILAH SAMA-SAMA KITA TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN BUAT TOK GURU UNTUK MENERAJUI KELANTAN

"TOK GURU MEMIMPIN KELANTAN BERKAT"